Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2018, dengan tujuan untuk membekalkan pasaran Malaysia dengan makanan Muslim yang berkualiti dan gred terbaik seiring dengan saranan Sunnah Nabi Muhammad (SAW).
Objektif kami ialah untuk menyebarkan kesedaran di kalangan orang Muslim untuk menambah makanan Sunnah didalam diet makan seharian mereka sehingga menjadi amalan harian dan kebiasaan, untuk membentuk masyarakat yang sihat dan juga bertenaga.
Untuk melaksanakan objektif ini, kami memulakan dengan jenis buah terbaik iaitu kurma yang mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin. Ketika ini, kami membekalkan kurma dengan gred kualiti tertinggi. Kami juga mempunyai pelbagai jenis kurma yang memenuhi citarasa orang dan kehendak pasaran.
Jenama Tanda Dagangan kami adalah “HADIAH Dari Sunnah Nabi” dan “HADIAH Moment of Joy”



